Zainuddin Omar
Setelah dihasut oleh berbagai macai politik dan pempengaruh akhirnya ada yang vodo sanggup buat ugutan dan ancaman untuk mencederakan penguatkuasa DBKL.
(Tak sanggup saya re-post ancaman dalam whatsapp tersebut).
Perangai khawarij adalah dari didikan mereka yang anti dengan Kerajaan Madani.
Yang kena tangkap tu jangan pulak melalak di balai polis.
*********
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membuat ancaman dan hasutan terhadap penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Whatsapp.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan anggota bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Cheras pada jam 12.10 pagi tadi.
Katanya, tangkapan itu susulan satu laporan polis yang dibuat seorang pegawai penguatkuasa DBKL semalam mengenai satu hantaran di Facebook.
“Hantaran di Facebook itu memaparkan sebuah tangkap layar perbualan kumpulan Whatsapp mengenai ancaman dan hasutan kepada penguatkuasa DBKL.
“Pengadu menyatakan tangkap layar whatsapp tersebut merupakan ancaman, hasutan dan berbau ugutan dengan niat terhadap penguatkuasa DBKL sebagai penjawat awam yang menguatkuasakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Rusdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan membuat kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
Katanya, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi.

No comments:
Post a Comment