PM Anwar Lawat Ampang, Batu Caves Hari ini.

 


Jadual lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ke Ampang dan Batu Caves pada Jumaat yang dikongsikan di Facebook.

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan melawat Batu Caves kira-kira jam 3 petang hari ini.

Menurut hantaran di Facebook, Anwar dijadual terlebih dahulu menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mardhiyyah, Taman Melawati disusuli dengan makan tengah hari di Medan Selera Anjung juga di lokasi sama.

“Perdana menteri yang dikasihi akan melawat Batu Caves seperti yang diminta oleh pihak pengurusan kuil  jam 3.00 petang.

“Beliau akan disambut dengan kalungan bunga di pintu masuk. Lawatan amat bermakna ini akan membawa manfaat kepada komuniti India kita. Sila hadir tanpa gagal. Terima kasih,” kata mesej tersebut.


No comments: