MP Pas nak burukkan kerajaan Madani tapi ‘kantoi’ PN yang kenakan cukai ini
Wakil rakyat Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dilihat cuba untuk memburukkan kerajaan Madani kononnya mengenakan pelbagai cukai yang dianggapnya “tinggi dan melampau” kepada rakyat.
Ahli Parlimen Pasir Puteh berkenaan turut menyenaraikan pelaksanaan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah (LVG), yang terpakai kepada barangan yang diimport ke Malaysia dan dijual kurang daripada RM500 melalui platform e-dagang.
“Usaha-usaha gigih yang dibuat oleh kerajaan yang tidak membabitkan rakyat,hampir tidak ada tapi yang berlaku dinaikkan cukai LVG sebanyak 10 peratus. Ini angka yang sangat membebankan rakyat.
“Kenaikan ini secara automatik, segala keperluan hidup rakyat ini meningkat secara mendadak,” katanya di Dewan Rakyat semalam.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin kemudian bangkit mengingatkan bahawa cukai LVG itu diluluskan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Cukai LVG telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 yang telah diluluskan di Parlimen pada 4 Ogos 2022 pada masa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.
“Jadi, cukai ini dikenakan semasa kerajaan Perikatan Nasional. Adakah Pasir Puteh setuju dengan cukai LVG?” bidasnya.
Akibat ‘sergahan’ pemimpin DAP itu, Nik Muhammad Zawawi dilihat terpaksa bersetuju dengan cukai yang dikenakan ke atas LVG import yang dijual dalam talian sejak 1 Januari 2024 itu.
“Ya, cukai yang telah diisytiharkan dahulu adalah 10 peratus. Saya memang boleh bersetuju tapi …” dalihnya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat itu.

No comments:
Post a Comment