PEMUKIMAN KERAJAAN



 Alhamdulillah hari ini saya bersama Jemaah Menteri menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025, satu medan penting bagi memastikan kesinambungan perancangan negara terus bergerak seiring dengan cabaran semasa.








Di dalam ucapan amanat, YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat mesti seiring dengan kemajuan geopolitik dan teknologi semasa. 


Mesej ini adalah keutamaan saya juga di KDN, ianya agenda tetap yang saya akan selitkan di dalam setiap ucapan serta amanat yang saya sampaikan kepada warga KDN. Insya-Allah, inilah hala tuju yang akan membimbing usaha kami dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.


Semoga sesi permukiman ini akan menjadi medan perbincangan untuk Kerajaan Madani dalam membuahkan hasil yang terbaik demi kepentingan rakyat.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#KementerianDalamNegeri


Kredit Foto: Prime Minister’s Office of Malaysia



No comments: