PATUTKAH HARGA PADI DINAIKKAN?

Che Ibrahim





Jika harga padi dinaikkan tentunya petani akan gembira kerana pendapatan mereka akan lumayan dengan penat lelah yang dikorbankan. Sawah sawah mungkin tidak banyak yang terbiar kerana petani petani mula mengerjakan sawah sawah mereka. Tanah sawah mungkin tidak banyak yang diubah syarat menjadi lot bangunan atau kilang.


Tetapi bila harga padi mahal, sudah tentu akan menyebabkan harga beras menjadi mahal kerana tanpa padi beras pun tiada kecuali kita boleh mencipta beras tiruan dengan harga yang murah untuk kegunaan kumpulan tertentu yang sering pertikaikan harga beras mahal.


Purata 1 tan padi dapat menghasilkan 600kg beras, maknanya jika harga lantai padi rm1600 satu tan, maka harga beras ialah rm2.70 sekilo @ rm27.00 untuk 10kg.... Tu tak kira lagi upah/kos proses padi dari sawah hingga jadi beras dan di pack dalam bag/guni untuk dihantar ke pasaran....kalu ambo jadi tauke beras, paling murah ambo jual rm4.50 sekilo @ rm45 untuk pack 10kg, pahtu bagaimana harga peruncit??