UKM MEMBUKA LANGKAH PENUBUHAN CAWANGAN DI DOHA

 









Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengorak langkah yang unik dengan pembukaan kampus di Doha, pada hari ini. 


Saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi kesempatan dan ruang ketimbang keberadaan saya di Doha untuk bersama-sama kepimpinan dan warga UKM untuk menyaksikan saat-saat yang unik dan bersejarah ini. 


Ia juga telah meletakkan status pengajian tinggi kita di pentas dunia apatah lagi UKM bermula sebagai sebuah institusi pengajian awam Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. 


Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Naib Canselor UKM, Prof. Dato' Dr. Mohd Ekwan Hj Toriman di atas kejayaan besar ini.


Apa yang telah dirintis oleh UKM diharap akan membuka laluan yang lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain untuk mengorak langkah serupa selepas ini. 


Sebagai salah seorang yang menandatangani memorandum mendesak penubuhan sebuah universiti awam yang berteraskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, saya berasa bangga untuk bersama-sama warga UKM di hari yang gemilang ini.


#MalaysiaMADANI



No comments: