BLACKOUT

 

𝗕𝗹𝗼𝗰𝗸𝗼𝘂𝘁.


Khabarnya di US para pelajar universiti telah lancarkan kempen 𝘣𝘭𝘰𝘤𝘬𝘰𝘶𝘵 untuk boikot 𝘪𝘯𝘧𝘭𝘶𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳 yang gagal 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗙𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁𝗶𝗻 walaupun sekali.


Dikhabarkan juga kempen ini juga telah 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗯𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶. Ada beberapa 𝘪𝘯𝘧𝘭𝘶𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳 yang termasuk dalam senarai boikot tersebut.


Aku tak bantah kempen ni. Ada bagusnya juga. Sebab para 𝘪𝘯𝘧𝘭𝘶𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳 ini, kalau bercakap soal Falistin, 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿.


Cuma aku terfikir, 𝘪𝘯𝘧𝘭𝘶𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳 je ke? bagaimana dengan 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸? Terutamanya mereka yang memakai 𝗹𝗮𝗯𝗲𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Kononnya 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.


Malah lebih teruk lagi, bukan sahaja tak bercakap isu Falistin, bahkan mereka 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 𝘁𝗼𝗸𝗼𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗸 𝗙𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁𝗶𝗻 hingga ke hadapan muka pemimpin kuasa besar yang jadi 𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹.


Mereka ini, ahli politik ini, lebih layak dan lebih sesuai 𝗱𝗶𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 kerana bukan sahaja mereka ahli politik yang sepatutnya mahir isu ini, bahkan 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗹𝗮𝗯𝗲𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Sayangnya mereka tak cakna.


Orang macam Ning Baizura kalau tak kenal Rafah aku tak terkejut sangat. Tapi kalau yang bergelar ustaz tapi 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗶𝗯𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 𝗱𝗮𝗯 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗶𝗻 daripada bercakap soal Falistin, itu mendukacitakan.


Aku cadangkan, pemimpin politik begini kita boikot. 𝘜𝘯𝘧𝘰𝘭𝘭𝘰𝘸 mereka. Lagi bagus 𝙗𝙡𝙤𝙘𝙠 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀. Jangan biar mereka tunggang agama untuk kuasa 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝘀𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀, mereka 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗮𝘀𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: