๐—˜๐—ก๐—”๐—  ๐— ๐—ฃ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—” ๐—ฌAN๐—š ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ก๐—œ : ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—š๐—จ๐—š๐—”๐—ง






Menurut TS Speaker Dewan Rakyat puak Parti BUNGA BELUM pun kemukakan notis meminta kerusi 6 MP parti itu yg menyokong PMX supaya diisytiharkan kosong. 


Maka mereka masih kekal MP dan Speaker tidak melayan isu itu selagi mana ia belum melibatkan Parlimen.


๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ธ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ. Tapi MP Tanjung Karang dan ADUN Selat sudah terpecat. Ini bermakna mereka adalah MP Bebas. Tak mungkin mereka hilang kerusi masing-masing sebab mereka tidak melompat parti tapi dipecat.


Perlembagaan Parti BUNGA TIDAK boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Kalau nak tahu, boleh hantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker DUN Selangor bagi menentukan keduduakan.


Samada mereka hilang kerusi atau tidak, ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฃ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜†๐—ด ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ธ, ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ผ๐—ป, ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป & ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ถ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง๐—œ.๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—น ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜, ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ


- Zus Din 

13052024

***********************

๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฃ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—น ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜, ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ

Diterbitkan:  May 13, 2024 2:30 PM


Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan baru-baru ini. 


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata sehubungan itu kedudukan enam wakil rakyat berkenaan masih kekal sebagai Ahli Parlimen.


โ€œSelagi ia tidak melibatkan Parlimen, saya tidak akan terlibat dan ambil pusing sebab itu isu politik, isu pentadbiran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hinggalah mereka selesai masalah mereka dan akhirnya datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat.


โ€œSekarang ini tidak ada apa-apa berlaku lagi, notis apa pun tak terima, satu surat dan e-mel pun tak ada. Saya anggap tak ada apa-apa berlaku selagi benda itu tidak datang ke meja saya, itu hak mereka,โ€ katanya.


ADS

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada House Committee of The Legislative Council of The Hong Kong Special Administrative Region (LEGCO) di Bangunan Parlimen hari ini. 


Pada 2 April lepas, media melaporkan ROS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.


Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.


Johari berkata beliau juga tidak akan campur tangan isu berkaitan parti politik berkenaan.


โ€œHarus diingat apa berlaku di luar Parlimen ini bukan bidang kuasa saya, sama ada satu parti nak ubah, tambah atau tukar perlembagaan parti, itu juga bukan masalah saya. Begitu juga apa terjadi kepada satu keanggotaan bukan masalah saya,โ€ katanya.


- Bernama

Link : https://www.malaysiakini.com/news/705383



No comments: