BERTEMU PEMAIN INDUSTRI QATAR

 

Mengadakan pertemuan meja bulat bersama pemimpin industri beberapa syarikat utama yang bepangkalan di Qatar.







Pertemuan ini adalah sebahagian daripada usaha agresif Malaysia menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.


Menerusi pertemuan ini saya dapat memberi taklimat terkait iklim terkini pelaburan di Malaysia, sambil meyakinkan para pelabur bahawa negara boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan dan rakan perdagangan yang kompetitif.


Antara syarikat yang terlibat dalam pertemuan ini adalah Estithmar Holding, Baladna, Taleb Group, Morex Group, Tamam Capital dan Al Mana Group.


Semoga Malaysia muncul sebagai destinasi pelaburan berpotensi kepada pelabur dari Qatar serta negara-negara lain, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: