PAS YANG DULUNYA AMAT DIMINATI.DAN DI HORMATI

 

M9hd Farul Al-QASAS




Banyak nikmat Allah dah kurniakan kepada aku. Dari keluarga, kerjaya dan lain-lain lagi. Tapi antara nikmat terbesar yang aku dikurniakan adalah tinggalkan PAS.


Alhamdulillah, hari ini aku jadi manusia yang bebas akalnya. Tidak terikat dengan akal jumud, rasis dan penuh kebencian serta takfir. Merdeka sepenuhnya.


Tapi masa aku bersama PAS dulu, PAS tidak sejahat ini. PAS memang baik dan cerdik hinggakan berjaya pikat hati ribuan orang bukan Islam untuk bersama.


PAS ketika itu ditadbir oleh Almarhum TG Nik Aziz, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Datuk Husam Musa dan nama-nama lain yang kini bersama Parti Amanah.


Aku sendiri pun sertai PAS dahulu kerana mengagumi ketokohan Almarhum TG Nik Aziz selain pimpinan muda waktu itu seperti Almarhum Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.


Waktu itu PAS bukan parti kampungan. PAS menjadi contoh betapa Islam dan pembangunan boleh jalan seiringan. Nama PAS waktu itu cukup harum.


Tidak ada perjuangan kaum. Dan tidak pernah jadikan orang bukan Islam sebagai musuh. Bahkan PAS jadi parti yang paling lantang menentang assobiyah 


Dulu masa aku UMNO, memang aku ada sedikit rasis dan punyai prejudis kaum. Tapi sejak aku sertai PAS, aku ditarbiyah untuk membenci sifat perkauman.


Tapi hari ini semuanya dah terbalik. PAS bukan sahaja rasis, bahkan dah menghampiri tahap ekstremis. Dan kini PAS juga tidak punyai pemimpin yang punya ciri kepimpinan tulen.


Kesian aku tengokkan walaun sekarang. Bukan saja ditipu lebai, walaun juga jadi cash register lebai. Kalau lebai perlukan duit, maka walaunlah mereka tuju.


Nak buka pusat khidmat, minta sumbangan walaun. Kena saman, minta lagi sumbangan walaun. Bahkan kemalangan kereta pun minta walaun sumbang juga.


Walaupun lebai-lebai ini dapat elaun besar. Yang tak jadi YB pun, pendapatan berceramah bukan main lagi lebatnya. Tengok masing-masing pakai kereta apa.


Tapi semua tuju ke walaun. Padahal majoriti walaun tu golongan B40. Mujur aku bukan lagi ahli PAS. Kalau tak bengkrap juga selalu kena pow dek lebai.


Sebab tu aku kata antara nikmat paling besar adalah tinggalkan PAS yang penuh kepalsuan. Alhamdulillah, aku masih Islam. Malah aku bersyukur aku tak perlu gadaikan integriti dan iman untuk memesongkan dalil hanya untuk melindungi lebai.


Syukur ya Allah. Namun aku tetap berdoa agar Allah bukakan hati dan akal semua walaun untuk sedar dan kembali kepada kebenaran. InsyaAllah. Guane boh?


 

Raja Gelap II


.


No comments: