Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal segera berjumlah RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Menurutnya bantuan itu akan disalurkan terus sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.
“Bagi mangsa-mangsa yang di PPS dan kawasan-kawasan lain itu setakat yang kita luluskan peruntukan awal melalui Nadma RM50 juta.
“Itu terus kepada penduduk dan keluarga yang terlibat RM1,000 setiap keluarga.
“Ada yang bertanya dulu ada tambahan, ya ada tambahan setelah dikenal pasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan,” katanya pada sidang media di Pasir Mas, hari ini.