AIB DAN SANGAT MEMALUKAN UMMAT ISLAM

 





PARLIMEN MALAYSIA:

AIB DAN SANGAT MEMALUKAN UMMAT ISLAM 


28 Oktober 2023

13 Rabiul Akhir 1445H


Rakyat Malaysia kecewa apabila Ahli Parlimen yang mengaku mengikut ulama’ Islam tetapi punya akhlak hodoh.


Apa mereka ingat bermain politik dalam parlimen itu lebih besar daripada menjaga akhlak saorang muslim?


Islam bukan sahaja mengajar menjaga pandangan ketika berhadapan dengan rangsangan seks, malah elak mendengar dan membayang-bayangkan perkara lucah.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: 


"Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah LEBIH SUCI bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".


إِنَّ السَّمْعَ وَ الْبَصَرَ وَ الْفُؤَادَ كُلُّ أُولئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُلاً


“Dan janganlah Engkau mengikut apa yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Surah al-Isra’ : Ayat 36)


Warga emas tersebut memalukan seluruh Islam apabila mengiklankan beliau cuba membayangkan Ahli Parlimen wanita dalam keadaan tidak berpakaian ke pantai Langkawi.


Kata ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ (lebih suci) sangat penting dalam perjalanan hidup semua Muslim.


Puluhan tahun kita ibubapa mendidik anak-anak muda supaya mengawal kesabaran dan bagaimana mengendali diri bila terangsang seks. 


Entah apa tarbiyah agamawan kepada beliau sejak terpilih menjadi Ahli Parlimen?


#MenJunjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMADANI


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat



No comments: