RAMAI. SAJA JA WALAUN NAK BAGI SEDAP HATI.


Sambutan untuk rumah terbuka Madani dikatakan melebihi sasaran 25,000 pengunjung. Aku baca komen, ramai walaun yang sakit hati. Ada yang kata jumlah itu dibesarkan oleh akhbar terbabit 


Tak kurang yang kata hadirin sekadar nak makan dan pelbagai alasan lain. Apa pun alasan diberikan, ia sekadar untuk sedapkan hati sendiri saj. Sebab kenapa orang ramai hadir, mereka sendiri tahu.


Cuma, kalau nak kata sebab nak makan je, tentu tak nampak ramai. Sebab lepas makan, tentu terus nak balik. Buat apa lagi nak melepak? Duduk situ pun akan nampak wajah yang dibenci. Nak buat apa?


Hakikatnya, DS Anwar dikerumuni. Hakikatnya, ada ramai yang nak bergambar dengan beliau. Jadi kalau nak kata orang ramai datang setakat untuk makan, mungkin tak berapa tepat rasanya.


Kehadiran di rumah terbuka itu bukan gambaran prestasi PH dalam PRN akan datang. PH tak boleh berpuas hati. Tapi PH perlu gunakan momentum dari majlis ini untuk tarik lebih banyak sokongan rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.