LEBIH BAIK JANGAN BERCAKAP MACAM MERTUA BUAT ORANG SAKIT HATI.



 Menantu Hadi kata pengampunan untuk Najib lebih Islamik kerana tersilap melepaskan orang bersalah lebih baik daripada tersilap menghukum orang yang tidak bersalah.


Sebenarnya apa yang dikatakan itu betul. Memang begitulah pesan Nabi saw. Tapi aku melihat ianya bukan setakat cakap agama. Aku melihat ia lebih kepada cakap politik.


PN takkan mampu bentuk kerajaan tanpa BN. Dan dalam nak meraih sokongan BN, mereka perlu berbuat apa yang penyokong UMNO, parti dominan dalam BN, mahukan.


Sudah tentulah sentimen Najib ini amat berguna. Sementara pemimpin dan penyokong PH bercakap perkara yang menyakitkan hati penyokong BN, PAS ambil kesempatan.


Biar aku tak suka si Zaharuddin dan PAS, tapi bagi aku kenyataan yang dia keluarkan itu kena dengan masa dan situasi dari sudut politik. Dan ini tak baik buat PH.


Bukanlah aku kata PH kena sokong pengampunan Najib. Tapi dengan tidak berkomentar itu lebih baik daripada bercakap perkara yang menyakitkan hati orang lain. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.