Alang-alang Walaun tularkan gambar makan besar Februari 2019.
Saya kongsikan semula beberapa gambar DS Anwar bersama pimpinan
dunia Islam yang ada di Qatar waktu itu antaranya Rachid Ghanoushi, Khalid
Meshal dan Ahmet Davotoglu. Turut hadir dan saya ambil peluang bergambar ialah
Sheikh Ali al-Qaradaghi.
Kami turut menjadi tamu Emir dan PM Qatar.
Peluang seumur hidup menziarahi (almarhum) Sheikh Yusof
al-Qaradhawi dan (almarhum) Sheikh Abbas Madani.
Menjadi budaya Arab selepas menjamu tetamu mereka akan menjamu
keluarga dan pembantu pula. Dalam kes kami, selepas selesai makan, ada lebih
kurang 40 lagi pembantu tuan rumah, sahabat DS Anwar yang datang makan.
Alhamdulillah kami tertib makan dalam pinggan. Lebih sedap
berbanding makan fitnah.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Lawatan ini satunya kesempatan
saya bergambar dengan arwah Pak Rahman, mantan ahli Parlimen Kemaman.
Walaun dan fitnah
berpisah tiada. KPI mereka ialah sama ada sudah cukup jumlah untuk fitnah ke
belum hari ini.
AMIN AHMAD