'Saya bimbang fahaman kafirkan Umno muncul semula' - Mat Sabu


Susulan kerjasama politik antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dijangka akan dijadikan bahan untuk parti lawan menyuburkan semula fahaman takfiri yang mengkafirkan Umno seperti yang pernah dimomokkan sebelum ini. Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui kebelakangan ini Malaysia dilanda dengan fahaman-fahaman yang kurang menyenangkan dan beliau bimbang fahaman takfiri muncul semula.