Setelah 65 tahun tahun merdeka, orang Melayu masih lagi perlukan
sebuah gagasan bagi membela nasib mereka. Apa maknanya itu?
Maknanya kerajaan selama ini yang ditadbir oleh UMNO dan BN
telah gagal membela nasib orang Melayu. Malangnya, hampir 24 tahun daripada 65
tahun itu, Mahathirlah yang memimpin negara ini.
Dia nak tubuhkan gagasan baru berteraskan Melayu kononnya untuk
membela nasib Melayu. Tapi kalau Mahathir betul jaga Melayu selama dia
memerintah, Melayu dan tak perlukan gagasan begitu waktu ini.
Hari ini, sepatutnya kita bicara soal pembangunan. Tidak lagi
isu kaum. Selama 65 tahun, negara ini sepatutnya sudah kukuh berdiri sebagai
sebuah negara yang berbilang kaum, yang saling hormat dan saling bekerjasama.
Tetapi selama 65 tahun, terutama ketika Mahathir menjadi kepala
kerajaan, orang Melayu dipupuk dengan sikap prejudis terhadap kaum lain. Semua
demi politik dengan DAP menjadi kambing hitam.
Malaysia tak akan ke mana selagi isu kaum masih menjadi modal
politik. Kalau mahu negara ini terus makmur, maka semua ahli politik yang
tunggang sentimen kaum dan agama perlu disingkirkan.
Singkirkan mereka bukan bererti menolak agenda Melayu dan Islam.
Tetapi menolak sikap hipokrasi mereka. Kerana mereka bukanlah orang yang benar
memperjuangkan Melayu dan Islam. Sebaliknya hanya menunggang demi mendapatkan
pengaruh.
Rakyat Malaysia hari ini mesti bijak. Mereka yang sebegini
jangan lagi diberi ruang dalam peluang dalam negara. Kita langkah bersama
sebagai satu bangsa - Bangsa Malaysia. Guane boh?