KEBERTANGGUNGJAWABAN SEORANG ANWAR
Perdebatan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sudah selesai. Saya tidak mahu mengulas selain daripada apa yang saya temui dalam debat itu.
Najib telah menyerang Anwar dengan kegagalan kerajaan PH 22 bulan. Padahal Anwar tidak pun perlu bertanggungjawab dengan kelemahan dan kegagalan itu kerana beliau berada di luar kerajaan. Najib tidak pun perlu menggunakan peluru kapur.
Tetapi sebagai penasihat Keadilan dan presiden Keadilan yang menjadikan parti tulang belakang kepada kerajaan PH itu, beliau tidak melarikan diri daripada bertanggungjawab terhadap apa berlaku dalam kerajaan itu. Anwar bertanggungjawab menyuci najis yang ditinggal.
Bila Najib membangkitkan kelemahan dan kegagalan kerajaan PH, Anwar tidak sekalipun mengelak ataupun cuba menafikan dia ikut terlibat. Inilah sikap kebertanggungjawaban seorang Anwar Ibrahim selaku pemimpin.
Sosok yang berintegriti dan bertanggungjawab seperti inilah yang pantas untuk diangkat menjadi pemimpin negara. Kebertanggungjawab dan kesediaan menyuci najis-najis dan kesalahan orang ini sesuatu sifat mulia menunjukkan kebertanggungjawab yang perlu ada kepada seorang pemimpin. Trims.