SEMUA GAMBAR GAMBAR DAN VIDEO ADA FI FB HUSAM MUSA.
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih
SIRI 1
BOHONG DALAM BENAR (II)
Kertas Putih Skandal Pembalakan Hutan Simpan Terbesar
InsyaAllah kita sambung diskusi kita.
Tuan Setiausaha Politik Dato' Ahmad Yakob
MB Kelantan menulis :
3. Pada 21 Mei 2020, Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan
permohonan Projek Ladang Hutan Pelbagai Spesis kepada Projek Ladang Hutan
Pelbagai Spesis dan Spesis Durian. Kelulusan tersebut adalah dengan menetapkan
keluasan penanaman spesis durian yang dibenarkan hanya 30% daripada 350 hektar
dan 404 hektar daripada keluasan yang diluluskan kepada dua syarikat tersebut.
4. Syarikat berkenaan telah melantik kontraktor yang telah
mengusaha penanaman Musang king dan Li Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam
kontraktor tersebut. Begitu juga sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo
pada tahun 2018 adalah melibatkan pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui
kontraktor yang sama. Dengan itu, penglibatan Li Yongbo adalah tiada kaitan
sama sekali dengan keputusan kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri
untuk projek tersebut.
Ulasan saya :
a. Siapakah kontraktor itu? Kontraktor berhak menanam dan
menjual Ladang Musang King? Pelik tetapi benar.
Kenapa tuan tak boleh namakan kontraktor itu?
Tuan harus ingat, jawapan tuan ini akan dibaca oleh Rakyat
Kelantan yang lain juga. Bukan hanya untuk saya se orang saja.
Mereka ingin dan perlu tahu nama kontraktor berkenaan supaya
duduk perkara menjadi jelas.
Kenapa perlu berahsia tentangnya?
b. Adakah kontraktor mempunyai hak sebegitu rupa?
Sampai boleh mengeluarkan iklan atas nama syarikatnya sendiri
menjual pokok atau bahagian dari kebunnya sampai ke luar negara?
Apakah syarat-syarat kontrak itu?
Adakah Kerajaan Negeri membenarkan amalan seperti ini?
Jawapan yang amat meragukan. Entah ya, entah tidak. Sendiri
cakap, tak ada apa bukti untuk menyokong.
c. Adakah kontraktor itu ialah M7 Plantation Berhad?
Ketika tuan mengaitkan begini : 'Syarikat berkenaan telah
melantik kontraktor (1) yang telah mengusaha penanaman Musang King dan Li
Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam kontraktor(2) tersebut. Begitu juga
sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo pada tahun 2018 adalah melibatkan
pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui kontraktor(3) yang sama'.
Iaitu dua kali tuan kaitkan antara 'kontraktor' dan 'Li Yongbo'.
Lalu saya cuba padankan apa yang tuan kaitkan dengan info lain
seperti laporan media dan laman web- laman web yang berkenaan, termasuk laman
web Durian Valley yang menyiarkan laporan akhbar Nanyang Siang Pao pada tahun
2018.
Berdasarkan dedaksi antara tulisan tuan dan carian internet,
adalah selamat untuk meletakkan 'kontaktor' yang berurusan dengan Li Yongbo
sehingga pemain badminton Cina itu ikut memiliki dusun Musang King di Kelantan
ialah M7 Plantation Berhad.
d. Jika kontraktor yang tuan maksudkan itu adalah M7 Plantation
Sdn Bhd, suka saya mengambil kesempatan di sini memperturunkan senarai pengarah
dan pemegang sahamnya, mengikut semakan SSM :
i. Lee Wee Keng
Ampang
ii. Ng Lee Chin
Kuala Lumpur
(Namun dari semakan saya, walau pun alamat beliau di KL, saya
percaya beliau Anak Kelantan)
iii. Eng Sia Jia
Subang Jaya
iv. Cheong Zu-Er
Seri Kembangan Selangor