PUNYA TAK GUNA NAJIB NI..DIA BERMEWAH BERBILLION BILLION..NEGARA KENA TANGGUNG..MACAI UMNO BODO MEMANG LAH....BUKAN DIA TAU APA...




Pembayaran Balik Hutang 1MDB dari 2017 - 2021 dan Bayaran dari Tahun 2022 hingga 2039.
Kesemua hutang 1MDB adalah di jamin oleh kerajaan, oleh sebab itu walaupun 1MDB mengalami masalah kewangan yang tenat hutangnya terpaksa juga di bayar oleh kerajaan. Risikonya jika hutang 1MDB tidak di bayar kesannya adalah Negara Malaysia sendiri yang bakal di anggap Muflis kerana kegagalan membayar hutang mengikut jadual. Setiap negara yang Muflis keupayaan kredit akan di kaji dan jika berhutang di anggap negara yang berisiko tinggi dengan kadar faedah yang tinggi bakal di kenakan. Dalam masa yang sama ianya bakal memberi kesan negative kepada pelabur luar untuk melabur.
Umum juga tahu salah satu kesan kegagalan 1MDB adalah keupayaan membayar hutang di anggap sukar kerana masalah aliran tunai yang kritikal. Salah satu initiatif kerajaan PH setelah menjadi kerajaan adalah menubuhkan akaun amanah untuk 1MDB dengan merekodkan semua jualan asset 1MDB atau wang yang berkaitan untuk membayar hutang yang masih banyak berbaki sebanyak RM51 Billion.
Salah satu inisiatif kerajaan PH adalah menubuhkan TABUNG HARAPAN MALAYSIA di mana RM203.29 juta berjaya di kutip dan di masukan dalam Akaun Amanah 1MDB untuk membayar hutang 1MDB.
Pecahan Bayaran 1MDB dari 2017 hingga 2021 :
Dana Kerajaan RM 9.856 Billion
Akaun Amanah RM 2.543 Billion
Jumlah RM12.399 Billion
Maksudnya kerajaan terpaksa mengunakan duit rakyat sebanyak RM9.856 Billion dan juga akaun amanah sebanyak RM2.543 Billion hasil dari jualan Harta 1MDB yang masih tinggal dan duit dari Tabung Harapan Malaysia.
Malaysia di jangka bakal berdepan dengan masalah apabila kerajaan terpaksa pula membayar Hutang 1MDB sehingga tahun 2039 yang berjumlah RM38.805 Billion. Pecahan bayaran adalah seperti berikut :
Jumlah Prinsipal RM32.3 Billion
Jumlah Faedah RM 6.5 Billion
Jumlah semua RM38.8 Billion
Untuk tahun 2022 sahaja kerajaan terpaksa membayar RM16.2 Billion dan 2023 sebanyak RM13.2 Billion. Ianya bukan lah satu perkara mudah di saat ekonomi yang semakin mencabar dan pendapatan negara yang semakin mengucup.
1MDB bukanlah satu khayalan tetapi ianya adalah realiti dan kita terpaksa mengahadapinya dengan kepayahan. Kesan 1MDB begitu dasyat pada kewangan negara dan cuba bayangkan apakah yang boleh di buat dengan dana RM48 billion yang di gunakan untuk membayar hutang 1MDB. Ini lah sebabnya Negara Malaysia perlu mempunyai kerajaan yang Amanah dan Jujur dan bukannya kerajaan yang Perasuah dan menyeleweng dana rakyat.
Buatlah Pilihan yang BIJAK demi masa depan cucu cicit kita yang mendatang.
OMN KD