BANTU HANYA SEMENTARA, TAPI KERJA KERAJAAN IALAH MENGAWAL KENAIKAN HARGA BARANG


 Bagus juga Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) ni. Aku agak, barangan dijual pada harga yang lebih murah kerana pemborong dapat menjual terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah.

Aku tak bantah. Tapi kalau ini nak dianggap sebagai kejayaan oleh kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barang, bagi aku itu adalah dakwaan yang terlalu dangkal.
Itu hanya bantu rakyat untuk tempoh sekejap. Sama seperti jualan murah di pasaraya. Apa yang rakyat perlukan sekarang ini adalah harga barangan turun secara berkekalan, bukannya macam jualan murah.
Kalau PJKM mahu dianggap sebagai kejayaan, maka kerajaan sebenarnya hanya cuba menutup kegagalan mereka sambil memperbodohkan rakyat.
Hakikatnya harga barangan kekal mahal. Kerajaan sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah ini daripada akar. Kena lihat dari pengeluar, petani, penternak dan seterusnya, apakah punca mereka terpaksa naikkan harga jualan. Kalau sebab desak, sebab harga baja, maka kerajaan kena usahakan agar harga barangan ini dapat diturunkan.
Atau lihat masalah pada pemborong. Jika ianya sebab kos logistik, maka kerajaan kena selesaikan masalah logistik. Supaya kos mereka lebih murah dan berpatutan. Itu baru namanya selesaikan masalah.
Bukan ambil jalan pintas seperti ini. Akibatnya nanti ada pula syarikat yang melingkup dan ramai pula rakyat yang jadi penganggur. Kemudian usaha pula nak bantu penganggur ni. Berputar begitu saja. Tak jadi pening ke nanti?
Risaunya aku kerana kerajaan yang ada sekarang bukan setakat tak pandai buat kerja, malah mereka juga tak tahu nak measure kejayaan. Mereka bukan mahu selesaikan masalah. Tapi sekadar mahu kaburkan mata rakyat sahaja.
Kalau beginilah berterusan, negara ini tak mungkin akan jadi lebih baik. Tiba masa generasi baru ambil negara ini, ianya sudah roboh. Sudah jadi negara gagal, kalau mereka ini mereka ini terus dipilih.

No comments: