Galakan pelancongan merupakan hal penting untuk menarik sebanyak
mungkin pelancong ke Malaysia.
Ahli Parlimen Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH - Balik Pulau)
bertanya kepada Kementerian Perlancongan mengapakah peruntukan untuk Malaysia
Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) yang ditiadakan pada Belanjawan 2022.
"Saya ingin mendapat penjelasan, pada 2020 peruntukan
sebanyak RM5 juta, 2021 RM4.8, 2022 kosong. Mengapa peruntukan dikurangkan
100%, sehingga 0.
"Sedangkan kita tahu aktiviti ini membawa pelancong
perniagaan dan kita tahu mereka berbelanja 3 kali lebih daripada pelancong
biasa.
"Sektor ini juga penyumbang besar dalam ekonomi Malaysia.
MyCEB telah membida 21 persidangan antarabangsa dari 2022 - 2030 dengan
anggaran pulangan RM530 juta.
"Saya minta Kementerian Perlancongan menyatakan acara besar
yang memberi impak kepada ekonomi sedangkan kos pengoperasian 0. Adakah
kerajaan bercadang menutup MyCEB?" katanya.
Di samping itu, Bakhtiar juga bertanya mengenai pembangunan
pelancongan alam semula jadi atau Ecotourism yang memberi keuntungan kepada
masyarakat luar bandar.
"Pembangunan Ecotourism kita mahu galakkan di Malaysia.
Dibandingkan dengan jenis pelancongan lain, walau pun low end tourist, mereka
banyak beri keuntungan di kampung, peniaga tepi jalan, malim gunung yang akan
banyak dapat faedah," ujarnya.
Bakhtiar turut membawa pertanyaan Ahli Parlimen Port Dickson
mengenai dasar perlancongan zon satelit yang melibatkan beberapa tempat di
seluruh negara.
"Dasar dan perancangan Strategi Zon Pelancongan Satelit di
mana Langkawi, Kota Belut, Putrajaya dan Port Dickson disebut sebagai zon SITZ,
apakah galakan pelaburan di zon tersebut sebab, Ahli Parlimen Port Dickson
minta saya bertanya apakah langkah membawa pelabur asing ke sana?" katanya
lagi.