Belanjawan
2022 sisihkan orang bujang?
Oleh NASUHA RAHMAN / October
29, 2021
Belanjawan 2022 yang
dibentangkan hari ini dikatakan langsung tidak menyebut bantuan untuk golongan
bujang seperti tahun-tahun lepas.
Dalam perbentangan oleh
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi menyenaraikan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk isi rumah sahaja langsung tidak
menyenaraikan bantuan untuk orang bujang.
Apakah kerana konsep yang
digunakan kali ini Keluarga Malaysia bantuan hanya untuk mereka yang bekeluarga
sahaja?
Ramai orang bujang menzahirkan
rasa tidak puas hati dengan belanjawan kali ini yang cuba menyisihkan mereka.
“Keluarga
Malaysia adalah mereka yg dah kawen saja..yg bujang bkn kluarga..see u next
election..must see “The Single Power”,” komen Luncy Hanzel.
“Konsep keluarga Malaysia kali ni
betul2 berkeluarga sangat sebab yg keluarga dpt bantuan hahahaha belia dgn
pelajar pun dpt bantuan tapi yg bujang dpt air liur saja… Terima kasih kerana bersuara
menumbangkan abah kau sebagai pemimpin… Naik abah keluarga Malaysia satu sen
pun org bujang xdpt.
Malah
ada yang mahu ‘mengajar’ kerajaan pada PRU15 akan datang nanti.
“Sabar
ye org bujang…ada ubi ada bas pru nnti kita balas… chiilll je org bujang,”
komen Muhidin Dahala.
“Orang bujang sebahagian dari
undi² yang boleh menubuh kerajaan baru haaaaaa….jaga² kalau hati kami tidak
dijaga, nanti jangan tanya KENAPA.,” komen Cik Bunga Fadzura Ahmad.
“Bujang
xdapat,kan….jadi mana² yg bujang, jgn undi dia org nanti…,” komen Nur Aisya.
Ada
yang berpandangan bantuan untuk orang bujang sepatutnya diberi sama rata kerana
ada yang bujang tetapi menjaga ibu bapa yang uzur serta adik beradik yang
bersekolah.
“Sepatutnya kena bagi sama rata
bujang dan yg bkeluarga, bujang ada jaga mak ayah yg sakit, ada yg sara adik
beradik, ada yg jaga ank sedara kematian mak ayah,” komen Nor Afzan Ismail.
Terdahulu,
kerajaan akan membayar bantuan one off sebanyak RM2000 kepada isi rumah yang
mempunyai tiga anak dan lebih dengan syarat pendapatan mereka bawah RM2,500
sebulan.
Kerajaan
juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa
tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga
RM5,000.
Pada
Belanjawan 2021 individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah menerima bantuan
RM350 di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dikenali sebagai
Bantuan Sara Hidup (BSH).