ADA SEKOR ANAK TUPAI...JALAN CARI MAKAN.....

 


Mahkamah Rayuan batal saman persoal pengampunan Anwar




Panel hakim berkata, kuasa Lembaga Pengampunan tidak terhad kepada hukuman, tetapi bagi sabitan juga.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membatalkan saman seorang peguam yang mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan mengetepikan sabitan jenayah terhadap Anwar Ibrahim tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim yang dianggotai Has Zanah Mehat, Mohd Sofian Abdul Razak dan Lee Heng Cheong berkata, saman Mohd Khairul Azam Abdul Aziz “jelas tidak dapat dipertahankan” kerana tidak mendedahkan kuasa tindakan yang tepat.

Has Zanah, pengerusi panel berkata, kuasa lembaga itu mengampunkan Anwar tidak terhad kepada hukuman, tetapi bagi sabitan juga.

“Ada merit dalam rayuan ini. Kami ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi (pada) 21 Sept. Saman ini juga dibatalkan,” katanya ketika membenarkan rayuan oleh Anwar dan lembaga berkenaan.

No comments: