JAMZURI ARDANI
Proklamasi Darurat tamat, pembatalan ordinan oleh YDPA tidak berbangkit, kata Mahiaddin
Proses pembatalan Ordinan Darurat oleh YDPA seperti mana yang dipersembahkan oleh Jemaah Menteri pada 23
YDPA minta parlimen bahas samada untuk batal atau sambung
ordinan darurat. Bila parlimen dah buat keputusan baru tuanku beri perkenan
keputusan tersebut.
Kabinet kerajaan pulak batalkan ordinan darurat tanpa bahas
dalam
parlimen.
YDPA tidak mahu beri perkenan pembatalan ordinan dengan cara
tersebut. YDPA mahu parlimen yang buat keputusan samada nak sambung atau batal,
bukan kabinet kerajaan yang buat keputusan. Itu dah jelas dalam titah Tuanku.
Nak bagi pening lagi, kerajaan tutup parlimen atas alasan Covid.
Soalan sekarang ... ordinan tu batal ke tak batal? Ada yang kata
batal dan ada yang kata tak batal.
Menteri PN kata batal sebab kabinet dah buat keputusan dan YDPA
kena dengar cakap Perdana Menteri.
Pakar undang-undang kata tak batal sebab pembatalan hanya boleh
berlaku dengan dua cara; parlimen buat keputusan atau YDPA beri perkenan.
Kedua-duanya tidak berlaku.
Padahal semua dah setuju tak nak sambut darurat. Tapi bila nak
batalkan ordinan darurat, pakat berkecamuk habis. Puncanya ialah kerajaan PN
tidak faham prinsip pemisahan kuasa dalam sebuah negara demokrasi.
Lepas tu mereka menuding jari menyalahkan pihak lain.
So ... ordinan darurat ni sekarang dah batal ke belum batal? Tak
ada siapa yang boleh bagi jawapan yang meyakinkan.
Itu namanya krisis perlembagaan. Bila kerajaan yang memerintah
tak faham dan tak hormat perlembagaan, inilah akibatnya.