Rupa2nya selepas Langkah Sheraton, Muhyiddin jumpa Agong hanya
bawa 113 sahaja sokongan MP. Ertinya majoriti satu undi saja. Itu dulu,
sekarang Muhyiddin tinggal berapa? Dua MP dari Umno terang2 tolak muhyiddin,
tidak termasuk Najib, Zahid, Ku Li, dan MP yg telah meninggal dunia.
Jika dengan modal majoriti satu undi Muhyiddin tidak malu dan
segan untuk mengadap Agong, saya rasa tindakan Anwar sekarang mengutus surat ke
istana untuk memohon mengadap Agong adalah tindakan yang wajar.
Bilakah Anwar dapat mengadap Agong? Saya percaya akhirnya Tuanku
akan mempunyai sedikit masa untuk menerima mengadap Ketua Pembangkang itu.
Muhyiddin patut meletakkan jawatannya sekarang kerana amat buruk
kesannya terhadap ekonomi dan amalan demokrasi di negara kita selagi negara ini
dipimpin oleh seorang PM yang tiada lagi majoriti.
WFAUZDIN NS