DULU BAWAH PH PEDULI RAKYAT...LA PEKENA RAKYAT

 

Datin Paduka Che Asmah.

Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpegun dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model. 


Satu ketika dahulu pejabat di tingkat 38 yang indah ini sibuk dengan segala urusan rakyat. YB  Menteri terlibat dalam perbincangan pembentukan pelbagai polisi dan undang- undang bagi menjaga nasib wanita Malaysia, keluarga, kanak- kanak dan masyarakat. 


Satu lepas satu mesyuarat dan perbincangan dibuat oleh YB DS Wan Azizah. Beratur kami diluar menunggu giliran dipanggil untuk memberi maklumbalas hal ehwal rakyat. 

Tidak ku sangka Pejabat yang sama telah menjadi studio model meraga pakaian raya  2021 mungkin. 


Sebagaimana sabda Nabi Muhammad (SAW): "Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya: 'Bagaimana maksud amanah disia-siakan?' Nabi menjawab: "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (HR Al-Bukhari)




No comments: