Mahathir ego menongkat langit. Orang kata "hidung
tinggi", bukan sahaja hidung panjang yang kuat menipu.
Mahathir kata, tanpa bantuannya Dap tidak pernah dapat lebih
dari 18 Kerusi Parlimen. Jelas sekali bekas PM dua kali yang khianat kepada PH
ini mungkin mengalami penyakit nyanyuk yang melampau. Dakwaan Mahathir itu
disangkal dengan fakta oleh Kit Siang di mana Dap banyak kali berjaya memenangi
Kerusi Parlimen lebih dari 18 Kerusi tanpa si tua saka itu. Mahathir boleh tipu
anaknya Mukhriz, tetapi bukan orang lain. Mukhriz mungkin terpaksa berdiam diri
dengan penipuan bodoh ayahnya.
Mahathir telah serang Anwar dan perlekehkannya. Mahathir juga
perlekehkan Dap. Tidak tahu bila atau adakah tergamak Mahathir memperlekehkan
Amanah? Mungkin Mahathir terhutang budi dengan abang Mat Sabu, Khalid Samad
atau Salahuddin Ayob yang bersungguh-sungguh cuba bawa beliau ke dalam 'Grand
Coalition". Mungkin hanya Amanah sahaja yang tidak dibantu oleh Dap,
agaknya.
Hebat
Mahathir. Dia berjaya tingkatkan jumlah Kerusi parti-parti lain,
tetapi partinya sendiri hanya dapat 13 Kerusi sahaja. Partinya yang bertanding
di negeri-negeri Melayu pun tidak dapat Kerusi. Di Perak, partinya menang satu
Kerusi Dun tapi PH beri juga jawatan MB Perak atas semangat kerjasama dalam PH.
Masih tidak sedar diri?
Pelik juga, sampai begitu sekali perangai yang Mahathir
pamerkan, masih ada yang berselera untuk bawa Mahathir bersama PH. Tepat sekali
tindakan Anwar yang tidak melayan karenah Mahathir ini. Anwar tahu, Mahathir
semakin lanjut usia dan mungkin nyanyuk. Selepas ini, jangan kita pelik jika
melihat Mahathir main najisnya sendiri.
WFAUZDIN NS