Sekolah vernakular: Piagam Madinah tak tindas Yahudi
Abu Mishkat
Isu vernacular ni bagi saya mudah saja jika orang Melayu Islam betul2 pegang ajaran Islam, bukan doktrin parti.
Ramai orang menganggap PAS adalah parti Islam yang diharapkan untuk mempertahankan asas2 Islam dalam negara. Tapi kini sejak arus perkauman ditunggang PAS untuk memanjat kuasa bersama UMNO, ia kian meleset dan kehilangan moral perjuangan Islam yang tulen.
Orang bukan Islam semakin curiga dengan PAS, secara langsung dengan Islam. Bagi mereka Islam tak menjamin keadilan untuk semua. Itulah dosa besar yang PAS buat di zaman Hadi.
Zaman almarhum Nik Aziz dulu mudah saja orang PAS faham asas2 ajaran Islam dlm menghadapi isu sensitif spt sekolah vernacular. Tok Guru mesti kaitkan dengan struktur negara Madinah dan perlembagaannya yang melayani semua warga secara adil dan saksama.
Tapi di zaman Hadi Awang ni, orang PAS sendiri semakin hanyut fahaman Islam mereka bila bercampur dengan kekeruhan perkauman tajaan UMNO.