MUJAHID CABAR, AZEEZ DOLAK DALIH



"Pada masa yang sama, wabak Covid-19 berkemungkinan akan memberi kesan negatif kepada kedudukan ekonomi dan pasaran seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan akan turut mempengaruhi prestasi pelaburan Tabung Haji untuk tempoh seterusnya, termasuk prestasi kewangan Tabung Haji bagi tahun 2020," katanya. Menurut Zulkifli, "sekiranya terdapat keperluan, Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas yang akan dianggotai oleh mereka yang layak dari segi kepakaran untuk mengkaji sebarang urusniaga yang dijalankan oleh pihak Tabung Haji dengan memastikan ianya menepati kepentingan Tabung Haji sebagai institusi milik umat Islam di negara ini."