MASZLEE BETULKAN BACAAN HADIS LEBAI PAS

Bukan senang kita nak tengok ada orang betulkan Ulama’ PAS secara langsung di Dewan Rakyat.
YB Zawawi tolong bacakan matan hadis dari terjemahan yang dibuat oleh YB Ahmad Maslan. Jadi dengan yakinnya, YB Zawawi pun bacalah.
Tak lama kemudian, YB Maszlee bangun mencelah. Minta izin untuk betulkan matan bacaan hadis oleh YB Zawawi tadi.
Selalunya Ulama’ ni bila orang tegur, dia rendah diri terima dan semak balik. Tapi Ulama’ PAS ni yakin yang dia betul dan teguran dari orang yang bukan ulama’ atau tak dilantik sebagai ‘ulama’ oleh mana-mana parti, perlu ditolak.
Aku geram juga bila ramai lebai cakap YB Zawawi betulkan balik YB Maszlee. Dorang ni memang lebai sejati bila langsung tak mahu semak sendiri yang mana satu betul. Asal cakap Ulama’, semuanya angguk. Parah!
Matan hadis yang dibacakan oleh YB Zawawi ditegur oleh YB Maszlee tak cukup. Sebab ada tambahan dari doa (matan) tersebut.
YB Zawawi baca:
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ
YB Maszlee tegur, matan tu tak cukup, ada lagi iaitu:
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ
YB Zawawi kata ada riwayat lain pula. Tapi tak beritahu riwayat mana. Sedangkan matan penuh yang dibaca oleh YB Maszlee ada dalam banyak riwayat. Aku ringkaskan kat sini:
Hadis ini ditakhrijkan hasan oleh Ibn Abi Shaibah, Imam Ahmad, Ibn Abi Asim, Ibn Khuzaimah.
Al-Tabari sebut benda yang sama dalam ‘Tahzībul Ãsar’. Riwayatnya melalui Waqi’.
Al-Thahawi juga sebut dalam ’Syarhul Musykil’, Baihaqi dalam ‘Al-Da’awatul Kabir’, Al-Hafidz dalam ‘Nata’ijul Afkar’.
Lepas itu Ulama’ besar Hadis Imam Al-Bukhari juga sebut ‘Tarikhul Kabir’, Al-Nasa’i pun sebut dalam ‘Al-Kubra’.
Semua ulama’ hadis di atas sebut dengan matan hadis penuh yang dibaca oleh YB Maszlee.
Sebaliknya dakwaan YB Zawawi yang kata ada riwayat lain yang tak menyebutkan ‘wal’azabil qabri’ masih menjadi tanda tanya.
Harap adalah ulama’ PAS boleh tolong tunjukkan kat mana. Puas dah aku cari ni, tak jumpa lagi.
- Dr. FOMM