VIDEO : MENTERI KEWANGAN MENGAKU KERAJAAN TIADA WANG



“Sudah terang lagi bersuluh sebenarnya beliau sendiri tidak jelas wang itu datang dari mana dan melalui apa." Amiruddin turut mengingatkan bahawa rakyat menjangkakan kerajaan PN tidak perlu meminjam kerana mempunyai dana cukup dan rizab yang besar. “Menteri Kewangan (sekarang) pula merupakan bekas pegawai bank, sudah tentu pandai cari duit dan bijak pula berbelanja,” katanya, seperti dipetik Malaysia Dateline. Amiruddin menjelaskan, bajet 2020 yang dibentangkan PAKATAN HARAPAN tahun lalu dan diluluskan, akan menyaksikan defisit bajet sebanyak RM51.7 bilion atau 3.2 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bagaimanapun, dengan pakej rangsangan terkini sebanyak RM60 bilion, telah menjadikan jumlah hutang kerajaan bagi tahun ini saja menjadi RM111.7 bilion atau 6.9 peratus dari KDNK, kata Amiruddin.