Dalam mesyuarat Bersatu semalam, ramai yang kehairanan apabila tersiar laporan tentang empat Ahli MPT meninggalkan mesyuarat yang sedang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin.
Tindakan mereka itu dikatakan berpunca kerana rasa tidak puas hati terhadap perbincangan yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut, terutama berkaitan pemecatan Tun Mahathir Mohamad serta empat yang lain dan tentang penubuhan PN secara rasmi.
Mereka yang keluar mesyuarat itu ialah Ulya Aqamah Husamuddin, Abu Bakar Yahya, Akramsyah Sanusi dan Tariq Ismail.
Persoalan ramai ialah bagaimana Akramshah boleh hadir mesyuarat itu sedangkan sejak semalam lagi telah tersebar surat pemberhentiannya sebagai Ahli MPT Bersatu yang ditandatangani oleh Muhyiddin sendiri?
Rupa-rupanya baru diketahui bahawa walaupun Muhyiddin telah mengeluarkan surat pemberhentian kepada Akramsyah bertarikh 2 Jun 2020, beliau kemudiannya juga mengeluarkan surat pembatalan pemberhentian itu yang bertarikh 4 Jun 2020?
Kenapa boleh jadi begitu?
Adakah Muhyiddin tidak yakin dengan tindakan pemecatannya sebelum ini, lalu kemudian membatalkannya?
Lebih daripada itu, jika sebelum ini hanya Setiausaha Kerja yang menandatangani surat, mengapa kali ini Muhyiddin sendiri berbuat demikian?
Kenapa tidak Setiausaha Agung lantikannya, Hamzah Zainuddin yang menandatangani surat kepada Akramsyah itu?
Kenapa caca marba sangat?
Adakah Muhyiddin sekarang begitu tertekan dan tidak percaya kepada sesiapa lagi?
(Shahbudindotcom 05/06/2020)