Miqdad Zakaria
PAS & Agama Islam
Parti PAS memang sinonim dengan semangat islam yang mereka laungkan.. Akan tetapi jika dilihat dari sudut perlaksanaan.. Jelaslah apa yang dihebohkan itu hanya omongan kosong yang tiada nilai sedikit pun..
Dulu zaman Hudud.. Mereka "menggoreng" hudud sampai ke tahap hangus.. Kesannya ialah.. Ada yang putus saudara.. Bercerai suami isteri.. Solat dua imam.. Akad nikah dua kali.. Tidak makan sembelihan orang lain.. Yang paling menyedihkan adalah kubur juga diasingkan..
Ini semua berlaku akibat dari kejahilan yang melampau dan ditambah pula dengan semangat "menggila" yang tidak bertebing..
Lalu berlakulah sejarah hitam yang dikenali sebagai era "takfiri" di bumi malaysia.. Seperti pernah berlaku di zaman Saidina Ali RA ketika berhadapan dengan Parti Khawarij yang mengkafirkan seluruh umat islam yang terlibat dengan peperangan ketika itu..
Takfiri berlaku hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan DAMAI yang diambil oleh Ali dan Mua'wiyah.. Sehingga Ali dan Muawiyah juga turut dikafirkan.. "Majnun Khinzir" puak² ni.. Ha ha..
Hari ini bibit² takfiri itu masih jelas ada di kalangan pengikut PAS.. Siapa sahaja yang berbeza dengan mereka.. Akan dihukum menolak islam.. Menentang hukum Allah.. Dan digelar sebagai musuh Allah..
Semua ini adalah istilah dalam menyatakan "kekafiran" seseorang.. Mana mungkin musuh Allah seorang muslim.. Mana mungkin penentang hukum Allah juga seorang muslim.. Mana mungkin dan mana mungkin..
Tapi istilah² ini masih diguna sampai ke hari ini di mimbar² jumaat.. Meja² kuliah di masjid atau di surau..
Walhal.. Apa yang menjadi perbezaan di antara kita adalah politik semata².. Perbezaan dalam fiqh siasah sahaja.. Bukan berbeza dalam akidah.. Bukan dalam rukun islam dan rukun iman..
Tapi oleh kerana "kebebalan" yang sangat pekat.. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk membisneskan nilai ISLAM demi mendapat laba dan keuntungan semata..
Hari ini di mana islamnya PAS..
Di Hududnya kah..?
Atau di RUU355nya kah..?
Atau dikerisnya kah..?
Atau ditanjaknya kah..?
Atau di jawinya kah..?
Atau di tanglungnya..?
Jawablah sendiri.. Silap jawab.. Mesti dikafirnya..
Ha ha..