Di dalam mesyuarat MPN KEADILAN Negeri Pahang yang telah diadakan di Raub hari ini sebulat suara memutuskan untuk mendesak Majlis Presiden PH agar dapat mengumumkan tarikh peralihan kuasa PM sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini.
MPN juga menggesa agar pengumuman itu dapat dilakukan pada awal tahun depan di mana peralihan kuasa akan berlaku sebelum Mei 2020. Pengumuman ini penting bagi mengelakkan kesenjangan politik serta persepsi negatif terhadap kerajaan PH. Dato' Seri Anwar Ibrahim wajar diberikan haknya seperti yang telah dijanjikan tanpa usaha dari mana-mana pihak untuk melambat-lambatkan proses ini.
MPN Pahang akan membawa usul ini ke dalam mesyuarat MPP untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH.
Di dalam mesyuarat hari ini juga turut dibincangkan tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli parti yang membuat kenyataan terbuka menentang keputusan yang telah ditetapkan oleh parti.
WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang
15 Disember 2019