Majlis Presiden PH tentukan peralihan kuasa tidak lama lagi
Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan tarikh peralihan kuasa perdana menteri tidak lama lagi.
“Jangan fikir kita perlu tergesa-gesa,” katanya dipetik FMT pada sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR di Ayer Keroh, Melaka.
Beliau berkata, isu peralihan kuasa sudah ada kejelasan, kecuali tarikh yang belum ditetapkan.
“Soal tarikh biar saya dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Tetapi, ia tidak menjadi isu selagi dipersetujui PH.”
Isu peralihan kuasa berulag kali bangkit dengan Mahathir memberi jaminan akan melepaskan jawatan itu sebelum pilihan raya umum akan datang.