Semalam blog ini telah mendedahkan wanita yang mengumumkan tentang sekatan PTPTN terhadap anak muda dengan cadangan menyekat memperbaharui lesen,passport untuk mengelak mereka ke luar negara. Satu idea mengarut yang mencetuskan kemarahan bukan sahaja di kalangan anak muda lepasan universiti yang bergelut mendapatkan pekerjaan, malahan seluruh rakyat Malaysia yang mengundi PH . Mereka ibubapa dan anak muda bukanmengharapkan tindakan yang dianggap lebih kejam dan zalim dari Bn/Umno dahulu.
Menjadi tanggungjawab semua menyedarkan PH bahawa, tindakan bodoh dan tolol mereka dengan mengeluarkan kenyataan tidak berfikir terlebih dahulu , tidak akan berlaku seperti macai umno atau pun walaun dalam Pas kerana kita menegur bukan untuk menjahanamkan pemimpin , tetapi adalah untuk menasihatkan pimpinan PH bahawa , mereka dipilih , adalah untuk membuat lebih kebaikan dari mengeluarkan kata kata pelaq yang dianggap bodoh oleh orang ramai.
Justeru , kita mengganggap memelihara penyokong Umno didalam GLC dan juga badan kerajaan yang masih banyak kini, harus diberi perhatian serius oleh pimpinan supaya kejadian sabotaj tidak lagi berlaku dimasa hadapan.Jangan anggap anda kononnya juara untuk berlaku adil, kerana tahap pemikiran rakyat Malaysia belum pun sampai ketahap untuk lebih adil.Ianya perlu lebih masa untuk diserapkan dengan pemikiran demokrasi dan ilmiah dan selagi isu bangsa dan agama yang digunakan, percayalah banyak lagi isu lain yang akan disabotaj.Penyokong melihat bahawa , walaupun mereka berjuang , adakah tidak ada cerdik pandai dikalangan penyokong untuk menggantikan orang atau manusiaseperti ini? Mengekalkan mereka dan meletak mereka dikedudukan mereka kini, hanya akan menyebabkan penyokong merasa marah dan tidak seharusnya dibiarkan berlaku. Di Kementerian Pendidikan misalnya, di PPD dan JPN, GURU BESAR, sangat banyak dan jelas, penentangan terhadap kerajaan berlaku sebelum pilihanraya dan adalah jelas, mereka mereka ini kekal dikedudukan mereka dan sesuatu harus dilakukan.Begitu juga di GLC di badan badan berkanun, TAK ADAKAH PENYOKONG PH YANG LAYAK ?Ini bukanlah bermaksud untuk kerajaan menukar mereka seluruhnya , tetapi mereka ini dikenali dan masih kekal disitu. Beri pengajaran, sebagaimana ianya berlaku sebelum ini, ditukar,kenaikan pangkat disekat, dianaktirikan,menulis rekod buruk tanpa usul periksa, tiada rekomen kenaikan pangkat, dan ianya masih lagi berlaku.
Di kementerian Penerangan, berapa kali program yang kononnya melibatkan pimpinan Kerajaan tidak disiarkan. Ohh kononnya saluran TV bukan untuk kepentingan kerajaan. Dah tu kenapa segala program kerajaan tidak diberikan penerangan seluasnya.. Kita percaya rakyat masih lagi keliru dengan apa yang telah dibuat dan apakah kejayaan kerajaan PH? Takkan nak minta para pengamal media sosial lagi memikul tanggungjawab di media sosial lagi ?
Betul penyokong PH bekerja kuat baik di alam penulisan, ilmiah ,media sosial yang tidak seharusnyalah di ketepikan dengan kemenangan PH, namun jika jentera ini di pinggirkan, pastinya , untuk kesekian kalinya PH akan menghadapi masalah pada PRU 15. Mereka merasa marah dengan keadaan ini kerana lantikan dan mngekalkan orang orang seperti ini hanya akan membebankan kerajaan yang hendak memulihkan negara.