Pengaruh Pas kecil di Sarawak, PKR kerjasa dengan Amanah, DAP
PAS mempunyai kurang pengaruh di Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada PKR akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS bagi PRN Sarawak yang dijangka awal tahun depan.
“Di Sarawak PAS kurang presence (pengaruh). PAS tak ada kerusi di sana. Presence PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama (seperti) di Semenanjung (Malaysia),” katanya pada sidang media Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, Presiden Amanah Mohamad Sabu bercadang untuk meletakkan calon dalam pilihan raya Sarawak yang dijangka berlangsung tahun depan.Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, perkara itu merupakan tumpuan utama partinya dalam masa terdekat ini.
Semengtara itu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, dilaporkan berkata bahawa parti itu akan bekerjasama dengan kedua-dua AMANAH dan PAS di kerusi majoriti pengundi Melayu dan Islam di negeri itu.
“Di Sarawak, PKR dan DAP akan memainkan peranan yang penting. PKR akan bekerjasama dengan AMANAH dan PAS untuk membantu kami di kawasan Melayu dan majoriti Islam […]
“Kami alu-alukan sokongan daripada kedua-dua pihak dan saya yakin bahawa kita tidak akan menghadapi sebarang masalah,” katanya yang dipetik sebuah portal Selasa minggu lalu.
Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa akan berakhir pada Jun tahun depan.