Kenapa Haji Hadi melalut dan merepek sejak akhir-akhir ini...?


Aku tidak akan jemu untuk mengulang-ulang perkara ini...... 
Al-Soal : Kenapa Haji Hadi begitu marah kepada Anwar....? 
Al-Jawab : Kerana PKR memecat keahlian Khalid Ibrahim.....!

Al-Soal : Kenapa Haji Hadi beria-ria mempertahankan Khalid Ibrahim...?
Al-Jawab : Kerana Haji Hadi sudah berjanji kepada Khalid Ibrahim dan Sultan bahawa selagi dia jadi Presiden PAS, dia akan pastikan Khalid kekal sebagai MB Selangor.

Al-Soal : Apa muslihat Haji Hadi, sebenarnya....?
Al-Jawab : Menurut Dr Zuhdi dalam whatsapp JKKP, PAS merancang untuk bergabung dengan UMNO dan mewujudkan kerajaan campuran di Selangor, serta mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB, lalu ingin menjadikan PKR dan DAP sebagai pembangkang....

Al-Soal : Kenapa pengkhianatan yang dirancang itu gagal...?
Al-Jawab : Rancangan jahat itu digagalkan oleh tindakan 2 Adun PAS yang tandatangan SD menyokong Wan Azizah, menyebabkan gabungan PAS+UMNO+TSKI tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Al-Soal : Apakah benar 2 orang Adun itu telah belot kerana keluar PAS dan masuk PKR....?
Al-Jawab : Tidak sama sekali...! YB Shaari Sungip dan YB Hasnol hanya menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk jadi MB.... Tidak ada pembelotan sama sekali.

Al-Soal : Justeru, kenapa Haji Hadi begitu marah sehingga menuduh PKR curi Adun PAS....? Bahkan 2 Adun itu dituduh menjadi barua....! 
 
Al-Jawab : Haji Hadi pun tak faham kedudukan sebenar..... Tidak dapat dipastikan samada Haji Hadi hanya menurut kata orang bawahan yang bodoh, atau Haji Hadi sendiri yang tak cerdik.

Al-Soal : Apa maksud Haji Hadi bila dia mengatakan tak mahu bawa orang PAS masuk neraka jahanam kalau PAS membiarkan Wan Azizah jadi MB...?
Al-Jawab : Tiada siapa pun yang tahu... Haji Hadi sendiri pun tidak mahu menjelaskan, mungkin dia sendiri pun tak faham apa yang dia kata.

Al-Soal : Kenapa Haji Hadi melalut dan merepek sejak akhir-akhir ini...?
Al-Jawab : Kerana hasratnya untuk menggabungkan PAS dengan UMNO telah gagal dan niat jahatnya untuk mengkhianti PKR dan DAP tidak kesampaian.... Sebab itu dia menaruh dendam kesumat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. 

Al-Soal : Terimakasih atas jawapan.... Nanti kalau ada soalan lain, saya tanya lagi.
Al-Jawab : Sama-sama... Ya, silakan. ~ Abe Awang Malaya 
 
sumber al Husseyn