Aku tidak akan jemu untuk mengulang-ulang perkara ini......
Al-Soal : Kenapa Haji Hadi begitu marah kepada Anwar....?
Al-Jawab : Kerana PKR memecat keahlian Khalid Ibrahim.....!
Al-Soal : Kenapa Haji Hadi beria-ria mempertahankan Khalid Ibrahim...?
Al-Jawab : Kerana
Haji Hadi sudah berjanji kepada Khalid Ibrahim dan Sultan bahawa selagi
dia jadi Presiden PAS, dia akan pastikan Khalid kekal sebagai MB
Selangor.
Al-Soal : Apa muslihat Haji Hadi, sebenarnya....?
Al-Jawab : Menurut
Dr Zuhdi dalam whatsapp JKKP, PAS merancang untuk bergabung dengan UMNO
dan mewujudkan kerajaan campuran di Selangor, serta mengekalkan Khalid
Ibrahim sebagai MB, lalu ingin menjadikan PKR dan DAP sebagai
pembangkang....
Al-Soal : Kenapa pengkhianatan yang dirancang itu gagal...?
Al-Jawab :
Rancangan jahat itu digagalkan oleh tindakan 2 Adun PAS yang tandatangan
SD menyokong Wan Azizah, menyebabkan gabungan PAS+UMNO+TSKI tidak
mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.
Al-Soal : Apakah benar 2 orang Adun itu telah belot kerana keluar PAS dan masuk PKR....?
Al-Jawab : Tidak
sama sekali...! YB Shaari Sungip dan YB Hasnol hanya menyatakan sokongan
kepada Wan Azizah untuk jadi MB.... Tidak ada pembelotan sama sekali.
Al-Soal : Justeru, kenapa Haji Hadi begitu marah sehingga menuduh PKR curi Adun PAS....? Bahkan 2 Adun itu dituduh menjadi barua....!
Al-Jawab : Haji
Hadi pun tak faham kedudukan sebenar..... Tidak dapat dipastikan samada
Haji Hadi hanya menurut kata orang bawahan yang bodoh, atau Haji Hadi
sendiri yang tak cerdik.
Al-Soal : Apa
maksud Haji Hadi bila dia mengatakan tak mahu bawa orang PAS masuk
neraka jahanam kalau PAS membiarkan Wan Azizah jadi MB...?
Al-Jawab : Tiada siapa pun yang tahu... Haji Hadi sendiri pun tidak mahu menjelaskan, mungkin dia sendiri pun tak faham apa yang dia kata.
Al-Soal : Kenapa Haji Hadi melalut dan merepek sejak akhir-akhir ini...?
Al-Jawab : Kerana
hasratnya untuk menggabungkan PAS dengan UMNO telah gagal dan niat
jahatnya untuk mengkhianti PKR dan DAP tidak kesampaian.... Sebab itu
dia menaruh dendam kesumat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat.
Al-Soal : Terimakasih atas jawapan.... Nanti kalau ada soalan lain, saya tanya lagi.
sumber al Husseyn