LAWAN KULI LAWAN



Ku Li mampu dapat 60 pencalonan...

Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai harapan yang cerah untuk memperolehi 60 pencalonan dari bahagian Umno di seluruh negara untuk layak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember ini, kata seorang pemimpin veteran Umno Selangor, Datuk Mazlan Harun.Katanya, ini berdasarkan maklumbalas yang diterimanya sewaktu menghadiri majlis-majlis anjuran cawangan dan bahagian di seluruh negara.


Calon jawatan presiden diwajibkan memperolehi 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian Umno untuk layak berbuat demikian. Manakala 20 peratus atau 38 pencalonan diperlukan bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus atau 19 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5 peratus atau 10 pencalonan)."Walaupun ada sindrom takut di kalangan ahli ahli Umno tetapi saya yakin Ku Li mampu mendapatkan sokongan 50-60 peratus bahagian untuk memperolehi 60 pencalonan untuk bertanding jawatan presiden," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini.Pada masa ini, beliau menganggarkan kira-kira 30 peratus bahagian menyokong Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan presiden.Manakala 20 hingga 30 peratus lagi, tambahnya, belum membuat sebarang keputusan "tetapi kita akan berusaha kuat untuk mendapatkan sokongan mereka".Mazlan adalah anak kepada bekas menteri besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris yang turut terbabit dalam usaha membawa perubahan dalam kepimpinan Umno ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.


Baru-baru ini, beliau menganjurkan satu majlis perjumpaan cawangan di kawasan Subang Jaya untuk mendengar penjelasan Tengku Razaleigh mengenai keadaan terkini dalam Umno.Sokongan akar umbiDalam pilihanraya tersebut, BN memperolehi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.BN juga kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - yang kini dikenali sebagai Barisan Rakyat.PAS juga berjaya mempertahan kerajaan negeri Kelantan dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.Mazlan berkata, 'mood' di kalangan ahli Umno di peringkat akar umbi mahukan perubahan, tetapi tekanan dari atas cukup kuat supaya mereka tidak mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM).Beliau juga kesalnya kerana ahli-ahli Umno tidak menggunakan saluran EGM untuk melakukan perubahan walaupun ia sah mengikut perlembagaan parti."Terpulanglah kepada akar umbi sama ada mahu membuat perubahan atau tidak, (tetapi) rakyat akan menerima akibatnya sekiranya perubahan tidak dilakukan," tegasnya lagi.


Jelasnya lagi, isu-isu yang timbul seperti masalah jentera parti, soal calon yang dipilih, dan dan isu-isu yang tidak dijangka, dapat dibincang dalam EGM, tetapi peluang itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.Datuk Mazlan berkata Tengku Razaleigh akan turun padang di Selangor untuk menjana sokongan bagi bertanding jawatan presiden.

No comments: