DATA LIM SENDIRI MENJERAT LIM SIAN SEE



Ahmad Faizuddin







"Saya tak pilih tahun 2026. Lim yang pilih." 😆


Lim Sian See kini membawa angka pelaburan Johor tahun 2022 sebanyak RM70.6 bilion dan bertanya sama ada itu juga jasa PMX ketika menjadi pembangkang.


Jawapan saya mudah.


Saya tidak pernah mendakwa semua pencapaian Johor bermula pada 24 November 2022.


Tetapi saya juga pelik kerana poster asal Lim sendiri menggunakan data:


• KDNK 2025


• Pelaburan 2025


• Pendapatan isi rumah 2024


• Gaji sektor formal 2025


• Pertumbuhan pekerjaan sehingga Q1 2026


Semua ini berlaku ketika Anwar Ibrahim sudah menjadi Perdana Menteri.


Jadi mengapa apabila data 2025 dan 2026 menunjukkan Johor berkembang dengan pantas, tiba-tiba Lim mahu mengalihkan perbahasan kepada angka tahun 2022?


Kalau pelaburan tahun 2022 mahu dikreditkan kepada kerajaan terdahulu, silakan.


Tetapi bagaimana pula dengan:


✓ Pelaburan Johor RM110 bilion pada 2025


✓ Pertumbuhan pekerjaan sehingga Q1 2026


✓ Kenaikan gaji sektor formal sehingga 2025


✓ Kenaikan pendapatan isi rumah sehingga 2024


✓ Pertumbuhan KDNK yang Lim sendiri paparkan


Semua itu berlaku ketika kerajaan MADANI memerintah.


Atau logik Lim sekarang ialah:


Angka sebelum November 2022 = jasa kerajaan terdahulu.


Angka 2023, 2024, 2025 dan 2026 = masih juga jasa kerajaan terdahulu.


Kalau begitu kerajaan semasa hanya layak menerima salah, tetapi tidak pernah layak menerima walau sedikit kredit.


Yang menariknya, data sehingga tahun 2026 pun Lim sanggup gunakan untuk menyokong hujahnya.


Tetapi apabila orang bertanya siapa Perdana Menteri sepanjang tempoh data yang beliau sendiri gunakan, tiba-tiba soalan itu dianggap tidak relevan.


Itulah yang saya panggil pilih data ikut kesesuaian naratif.


"Data 2024, 2025 & 2026 digunakan. Tetapi bila ditanya siapa PM dalam tempoh itu, tiba-tiba 2022 pula jadi isu 🥳🥳🥳🥳

Ok sekarang Sy letak gambar uncle yang paling kacak sekali Tau 🥰🥰🥰




No comments: