KRISIS MINYAK DUNIA: DULU KITA NET EXPORTER, KINI NET IMPORTER. DULU 18 JUTA KENDERAAN, KINI 39 JUTA


Che Ibrahim


Walaun sebar video lama PMX berceramah berkenaan harga minyak tahun 2008.


Sebelum tahun 2010, Malaysia menghasilkan dan mengeksport lebih banyak minyak daripada yang diimport.


Selepas tahun 2010, Malaysia mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport.


Pengeluaran kita menurun saban tahun kerana telaga matang. Tapi penggunaan kita pula melonjak 2 kali ganda.


2008 - Pengeluaran kita purata 720,000 tong sehari. Kini purata turun kepada 500,000 tong sehari.


2008 - Penggunaan sehari pula ~520,000 tong sehari. Kini ~900,000++ sehari.


Kerana kenderaan bertambah saban tahun. 2008 - 18 juta. 2025 - 39 juta. Bertambah lebih 20 juta.


Kini hampir 50% minyak untuk kegunaan domestik diimport melalui Selat Hormuz serta terkesan.


PMX kata, subsidi petrol naik dari RM700 juta kepada RM3.2 bil dalam masa tak sampai seminggu pada perang kali ini.


Boleh saja buta² bagi subsidi lebih besar, isunya nak bayar guna duit mana? Duit anak-anak kita daripada hutang negara yang mereka kena tanggung.


Madani tak hapus subsidi, tapi diberi secara bersasar supaya tak tiris, diseleweng, diseludup.


RM4 bil diselamatkan daripada ketirisan subsidi diesel sahaja. Bayangkan kalau perang berlaku dan kerajaan tak baiki ketirisan ini.


Yang bising² kata tak dapat subsidi, sebab mereka tak layak atau mungkin mereka ini penyeludup. Tapi majoriti rakyat Malaysia layak saja.


Suka tak suka, kena bersederhana kerana kesan perang akan sampai ke muka pintu rumah kita juga.


Jika tidak dalam bentuk harga minyak, kita akan kena dalam bentuk harga barang yang guna minyak untuk sampai melalui laut dan udara.


Bencana perang ini di luar kawalan kita. Kita tak buat salah apa pun, tetap terkesan.




No comments: