Azim Balas
Bila orang buat aksi usung keranda, soalan paling orang terfikir keranda ni untuk siapa sebenarnya? Ramai nampak sindiran usung keranda tu jelas ke arah Mahathir. Ini bukan soal mati semata-mata, tapi politik dia yang sepatutnya dah lama habis. Umur dia dah terlalu lanjut, sepatutnya dia fokus bertaubat atas dosa-dosa lampau dia, tenangkan diri dan habiskan sisa hidup dengan perkara baik. Tapi apa yang jadi hari ini, dia masih sibuk susun agenda, main sentimen, dan cuba kacau kestabilan negara seolah-olah tanpa dia, Malaysia tak boleh hidup.
Masalahnya, nafsu kuasa dia masih kuat walaupun usia dah semakin uzur. Dah pegang jawatan tertinggi, dah rasa segala kuasa, tapi masih tamak. Rakyat penat tengok drama sama diulang-ulang dari Mahathir. Negara perlukan ketenangan dan hala tuju baru, bukan politik lama yang asyik timbul bila ada kepentingan peribadi sahaja. Pada umur seperti Mahathir, yang patut dikejar bukan kuasa, tapi pengakhiran hidup yang baik dan bermaruah.
#Mahathir
#PolitikLama
#GilaKuasa

No comments:
Post a Comment