Naratif Pemalas Cytro Madani.




Iswardy Morni


Apabila tersebar video mengaitkan shamsul Iskandar dengan penerimaan duit dari Albert tei, terus gambar Albert berjumpa Mahahtir digunakan untuk counter naratif - Albert jadi boneka mahahtir untuk jatuhkan madani. Mustahil Albert ada duit sebanyak itu untuk kenakan shamsul melainkan duit Mahahtir. (dia orang lupa Albert memang sudah lama dengan broker perlombongan yang tauke nya main ratusan juta)


Ini naratif malas cytro Madani. Dia tak buat macam saya. Saya persoalkan dari segi kredibiliti video, siapa Sofia, suruh shamsul buat laporan polis (dia kemudian buat tapi hanya untuk pmx dan bukan diri dia) dan persoalkan kredibiliti kenyataan resit dan dokumen yang mungkin palsu (mungkin) dan mintak shamsul saman Albert.


Namun cytro madani anggap bahawa orang luar dan pengundi atas pagar itu bodoh. Ah.. Ini konspirasi Mahahtir. Cakap macam tu je.. nanti orang percayalah.


Namun adakah percaya orang dengan naratif itu? Rata rata kita tanya mereka tidak percaya. Mereka tetap percaya, shamsul ambil duit tersebut sebab :


1. Laporan polis tidak menyatakan shamsul menafikan ambil duit dari Albert

2. Kenyataan Sofia seperti skrip mengatakan "di paksa" oleh Albert sedangkan video itu jelas nampak dia nampak relaks dan rela dalam bercakap tanpa paksaan

3. Nombor telefon nampak seperti nombor shamsul

4. Shamsul letak jawatan sejurus selepas berita keluar


Kalau anda, anda percaya ini konspirasi mahahtir? Atau... Tulis di komen



No comments: