Adrian Lim.
Sekumpulan lelaki Muslim berkopiah dilihat menghadiri upacara perayaan penganut Tao, iaitu Nine Emperor Gods Festival (Perayaan Sembilan Maharaja Dewa).
Video tersebut telah menjadi perbualan masyarakat Cina sehingga ada yang tertanya-tanya, “adakah ini dibenarkan oleh agama Islam?”
Untuk makluman semua, Nine Emperor Gods Festival (Perayaan Sembilan Maharaja Dewa) adalah upacara keagamaan yang disambut secara besar-besaran oleh penganut Tao (Buddha) seminggu dua yang lalu.
Perayaan ini diadakan untuk memanggil dan menghormati para dewa atau roh, di mana beberapa ritual keagamaan Tao (Buddha) seperti membaca mantera, mengalun kitab, membakar jolok dan kertas, memakai pakaian putih, membuat perarakan dari tokong ke laut / sungai, memakan vegetarian dan sebagainya akan diadakan sepanjang sembilan hari perayaan berlangsung.
Kejadian ini telah berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan kumpulan lelaki Muslim berkopiah yang hadir adalah mewakili parti Pas.



No comments:
Post a Comment