NIK Mardhiah
Howard Lee baca potongan ayat dari Surah An-Nisa’ di TikTok, kena maki hina Islam, dikecam Pemuda PAS Perak , dikecam oleh penyokong PAS .
NGO lapor polis, Howard dipanggil PDRM, terpaksa minta maaf.
Dr. Bala baca potongan ayat dari Surah As Saff di muktamar PAS . Setakat ini tak ada laporan polis dibuat ke atas Bala, walaun tak berbunyi ,pemimpin PAS tak tahu macam mana pendirian mereka.
Kedua-duanya menggunakan teks Al Quran dan terjemahan sedia ada, bukan ciptaan atau tafsiran peribadi.
Kedua-duanya bukan Islam dan tidak beriman dengan Allah serta Rasul Nya dalam konteks aqidah Islam.
Tapi persoalannya … kenapa bila berbeza parti, berbeza penerimaan, berbeza reaksi, berbeza 'hukum'?



No comments:
Post a Comment