YB Rompin baru habis berucap mengenai tenaga boleh baru (TBB).
Banyak yang disuarakan telah digagaskan secara menyeluruh dalam NETR (National Energy Transition Roadmap) seawal 2023.
Beliau mengkritik kerajaan kerana sepatutnya lebih giat menggalakkan eksport tenaga.
Ha3 saya rasa YB Rompin tidak sedar, sebelum ini yang tidak bersetuju dengan bekalan tenaga rentas sempadan ni PN, dibawah Takiyuddin dahulu.
Saya & Nik Nazmi bawa kertas jemaah menteri membenarkan bekalan elektrik rentas sempadan, selain keputusan2 lain utk membolehkan “willing seller willing buyer” basis.
Kehebatan PN ialah ambil perkara yg telah dibuat kerajaan, mula bangkang, kemudian bangkang dalam bersetuju (setuju dengan idea, tapi sekarang bangkang sebab tidak cukup hebat).
Ini satu strategi hebat 🤣

No comments:
Post a Comment