HarapandailyMay 5, 2025
Perikatan Nasional (PN) dilihat meroyan mahu menubuhkan kerajaan
walaupun pernah menolak peluang membentuk kerajaan selepas PRU-15 apabila
dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Malah, Timbalan Presiden Bersatu Timbalan Presiden Bersatu Hamzah
Zainudin berkata, partinya terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO selain
mengaitkan institusi diraja untuk berperanan menyatukan parti Melayu.
Pada 2022, selepas keputusan PRU-15 menyaksikan Parlimen tergantung,
Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah, telah membuka ruang untuk gabungan politik termasuk Pas dan PN
menyertai Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara.
Namun, Pas sombong memilih untuk menolak cadangan Seri Paduka Baginda
dengan alasan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Pada masa ini, setelah Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berfungsi dengan mandat yang sah dan sokongan majoriti
Dewan Rakyat, PN pula seolah-olah tidak sabar mahu menggulingkan kerajaan.
PN memainkan sentimen kaum dan naratif kononnya kerajaan MADANI hari ini
tidak stabil, meskipun telah mendapat keabsahan Parlimen dan perkenan Yang
di-Pertuan Agong.
Walaupun Kerajaan Perpaduan realitinya terbentuk hasil gabungan 18 parti
yang berbeza, PN terus menjaja naratif UMDAP sebagai helah meraih sokongan
masyarakat Melayu.
Logik UMDAP daripada PN juga adalah ‘ke laut’ memandangkan gabungan UMNO
dan DAP hanya berjumlah sekitar 70 kerusi, sedangkan fakta sudah jelas
menunjukkan Kerajaan Perpaduan pada masa ini mempunyai 153 kerusi.
Ketika Kerajaan Perpaduan terus memacu agenda ekonomi, pelaburan dan
kestabilan sosial, pembangkang cenderung mengheret negara ke kancah
ketidaktentuan demi kepentingan politik sempit mereka.
Pembangkang dengan kepimpinannya terutama Bersatu yang kini tertekan
dengan isu dalaman, pendakwaan pemimpin, dan kekangan dana terus gagal
memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif.
Pas juga yang seperti pelacur turut membuka mulut kononnya menerima dan
terbuka untuk kerjasama dengan Umno walaupun Kerajaan Perpaduan masih mempunyai
lebih separuh penggal untuk melaksanakan dasar dan agenda reformasi demi
negara.
No comments:
Post a Comment