Anak angkat Steven Sim murung jadi mangsa buli siber di TikTok



Anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dikatakan mengalami kemurungan selepas menjadi mangsa buli siber di TikTok.

Anak angkat Steven yang mesra dipanggil Ruslina sebelum ini menjadi sasaran makian seorang penyokong sebuah parti.

Lelaki itu mendakwa Steven tidak menghulurkan bantuan kepada remaja terbabit yang ditimpa kemalangan, sebaliknya dibantu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang menyumbangkan RM100.

Bapa Ruslina, Rusli Ahmad yang juga seorang pengawal keselamatan memberitahu, keluarganya mengalami tekanan emosi selepas keluarganya dikecam secara terbuka oleh seorang pengguna TikTok.

Menurut Sinar Harian, Rusli memaklumkan bahawa anaknya yang sedang terlantar sakit akibat kemalangan kini murung selepas menjadi mangsa buli siber di media sosial.

“Tindakan pengguna TikTok itu sungguh mengaibkan keluarga saya, dan disebabkan itu kami kini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadapnya.

“Difahamkan pemilik akaun TikTok terbabit juga telah memadam akaunnya, namun kami akan tetap meneruskan tindakan saman terhadapnya,” katanya seperti dilapor.

Rusli sebelum ini telah pun memulangkan kembali duit sumbangan berjumlah RM100 yang diterimanya dari Fawwaz, selepas ia menjadi bahan ejekan ramai.





 

No comments: